Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Timbalan Setiausaha Akhbar di Kementerian Luar Negeri Jepun, Masato Ohtaka, negara matahari terbit itu mengiktiraf usaha yang dimainkan oleh pihak Rusia di dalam menyelesaikan krisis di Syria.
Ohtaka pada hari Sabtu turut berkata bahawa Tokyo mahu Moscow terus memainkan peranannya yang konstruktif di dalam menyelesaikan krisis yang melanda negara Arab Syria.
Sebelum itu, Menteri Luar Rusia dan Jepun, Sergey Lavrov dan Fumio Kishida telah berbincang di Moscow. Kedua-dua pihak berbincang pelbagai isu termasuklah konflik di Syria.
3 Disember 2016 - 17:26
News ID: 795808
Menurut Timbalan Setiausaha Akhbar di Kementerian Luar Negeri Jepun, Masato Ohtaka, negara matahari terbit itu mengiktiraf usaha yang dimainkan oleh pihak Rusia di dalam menyelesaikan krisis di Syria.